Kek ini sangat senang.. bahan² yang mudah didapati dan yang penting sedap dan moist sgt. Selamat Mencuba!
Bahan-bahan : loyang kecil
Cara-cara :
Bahan-bahan : loyang kecil
- 1 cawan tepung gandum*
- 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
- 1 sk serbuk penaik*
- 1/2 sk soda bikarbonat*
- 1/4 sk garam
- 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
- 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
- 3/4 cawan air kopi panas
- 1/3 cawan susu segar
- 1 sk esen vanilla
- 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)
Cara-cara :
- Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
- Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
- Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
- Tapiskan adunan.
- Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
- Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
- Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
No comments:
Post a Comment