Friday, June 25, 2010

1st Birthday Cake

Setelah berkurun tak update blog ni huhu... ni pon gambo 2 bln lepas punye!

Happy Birthday to u Darling!!



Sesi memotong kek!


Ni plak kek yang di order oleh kak faridah. Nak sebijik mcm kek sara. huhu... thnks kak..

Monday, April 12, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur



Kek ini sangat senang.. bahan² yang mudah didapati dan yang penting sedap dan moist sgt. Selamat Mencuba!

Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

Sunday, March 21, 2010

Marble Chocolate Cheese

Dah lama buat resepi ni. saje nak cuba-cuba sebab tu marble dia tak nmpk elok sangat. Aku paste la resepi kat sini sbb ramai yang berminat nak cuba cake ni.

Marble Chocolate Cheese

Marble Chocolate Cheese

Bahan-bahan

Adunan coklat
180g mentega
170g gula kaster
3 biji telur
20g serbuk koko
120g tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder

Adunan cheese
250g cream cheese
60g gula kaster
1 biji telur
1 sudu teh essen vanilla

Cara-cara

Pukul butter and gula.
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak.
Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan-bahan adunan cheese hingga kembang.
Masukkan adunan coklat selang dengan adunan cheese ke dalam loyang
Bakar di oven 160 deg C selama 60 mins atau kukus sehingga masak.


Ok selamat mencuba!~

Weekend Baking Project

Cuti 3 hari termasuk MC ari jumaat. Bosan. Lalu selak-selak resipi yang ade and ini la hasilnya..

Marble Vanilla Muffin

muffin ni moist dan lembut je. sesuai untuk aku yang baru lepas cabut gigi hehe...
dan ini ku buat semalam.



Kek Puding Karamel. superb yummy@!~



Tuesday, March 16, 2010

Chill Oreo Cheesecake


yummy... yummmy...


chill oreo cheesecake with choc ganache

1 kg = 8 inch

Monday, March 15, 2010

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. terhasil jugak blog baking baking aku. Dengan ilmu tak seberapa, aku harap boleh belajar dan improve skill aku.. Blog ni still under construction. so please wait.. TQ